Friday, November 13, 2009

Kursus Bina Insan 2009..

Alhamdulillah..saya baru jer habis kursus bina insan zon utara 2009 anjuran MOF di The Cool Point Hotel Cameron Highland...Apa yg best kali ni ialah saya pergi bersama dgn isteri saya..lebih bermakna kursus ni sgt sesuai utk kami..so ni kali kedua aku g cameron highland bagi tahun ni..first dlu pi honeymoon.2nd pi kursus lak..so secara tak langsung mengingatkan memori aku time honeymoon dlu..hehehehe..so kursus ni byk sgt faedahnya..aku bersyukur kerana aku n isteri telah terpilih menyertai kursus ni bg jabatan di bawah MOF.byk juga la jbtn yg join seperti LADA, Kastam,JPPH dan jbtn akauntan..so suasana kat sana still sejuk juga la..kursus ni lebih menekankan kerohanian dan juga apa tugas2 kita sebagai insan hamba allah di dunia ini..kelas di sana seperti kelas agama, kuliah agama, aktiviti berkumpulan dan juga Qiamullai.so kena bangun awal la..solat suma solat berjemaah..byk benda baru yg aku dpt pelajari di sana dan secara tak langsung aku dpt gunakan dalam kehidupan seharian, kehidupan rumah tangga, kehidupan sebagai anak soleh dan juga kehidupan sebagai pekerja..

Wednesday, October 28, 2009

Aku Lihat Layu Dalam Melayu....

Aku lihat layu dalam MelayuAku pasti bukan aku seorang saja yang nampakAda juga bercadang bertanya tuan punyaTapi bercampur risau dengan tak tergamakNanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diriJadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakuiYang kita sendiriMembiarkan bunga raya melayu ke kananDan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam MelayuTanah air kita yang punyaKita siram, kita baja tapi angin api kita lupaMereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsaKita lupa nenek moyang kaya-rayaJangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam MelayuKu lihat layu dalam MelayuKu lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di duniaYa… tapi apa guna tak hilang di duniaKalau kewujudan tidak dirasaPetah berbahasa kudrat tak berjasaOrang berbudi kita hanya tahu merasaSelalu lari bila dirapatSelalu malu bila soalan diajuSelalu segan memberi pendapatRela mengikut dari menerajuBelum nyanyi sudah bersorakSuka berjanji dalam borakBukan kata tak ada otakCuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam MelayuKu lihat layu dalam MelayuKu lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayuBunga menangis dia mendayuMahu jadi cantik tetapi raguAku merayuBangunlah semula hidup kembaliJangan tunggu matahari matiCepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Monday, October 19, 2009

Salam...

Rasanya dah lama saya tak tulis dlm blog ni..hehehehe..sori to all my friend..maklumla sibuk skit.dengan raya dengan jamuan raya n mcm2 lg la..hehehehe..sebut pasal raya ni alhamdulillah raya tahun ni suma berjalan lancar..everything ok...raya tahun ni amat bermakna..maklumla first time raya sebagai suami..huhuhuhu..mula2 tu kekok gak bila time raya umah mentua tapi nasib baik suma ok..fmly mentua aku pun ok..raya tahun ni meriah gak.selain raya di kg n kg mentua, saya raya di perak.meriah juga la raya di sana.maklumla dah lama tak balik kg opah di perak..so apakah tahun depan kita akan dpt beraya bersama lagi?renung2kan.....

Saturday, August 8, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK...

Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka
Kelebihan Bulan Ramadhan
Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul SAW telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya:
Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran:
Allah berfirman :Maksudnya: “Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah: 185]
Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr:
Allah berfirman:Maksudnya: “Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr: 1-3]
Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka:
Nabi SAW bersabda:Maksudnya: “Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan” [HR Al-Bukhari: 3277, Muslim: 1079]
—–

MERDEKA....

Sinonim dengan bulan kemerdekaan, Ogos dijadikan sebagai isu untuk dikaitkan dengan pelbagai sensitiviti yang melibatkan patriotisma seseorang. Kebiasaaan juga Ogos adalah bulan bagi ahli-ahli politik mencanang serta melaungkan rasa kecintaan terhadap negara serta tidak lupa manusia yang bergelar rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi menyatakannya.
Persoalannya, apakah mereka memahami nilai sebenar erti kemerdekaan seperti mana yang mereka sering ungkapan ketika tiba bulan kemerdekaan negara?
Mungkin ramai orang diluar sana tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenarnya. Merdeka yang ringkas difahami oleh kebanyakkan rakyat Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dari cengkaman penjajah.
Di dalam konteks ini, kita sedari bahawa negara Malaysia sememangnya bebas dari penjajah tetapi kita lupa bahawa sedikit demi sedikit minda kita ditarah serta dihakis dari menjiwainya.
Keaslian dan ketulenan kemerdekaan serta pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin juga perwira negara dahulu dicemarkan oleh minda yang lupa asal-usulnya.
Minda yang dikatakan merdeka adalah minda yang bersih dari segala jajahan penyaluran informasi baik dari segi ikutan, budaya dan sosialnya. Sebaliknya apa yang berlaku di negara kita banyak menjurus ke arah ‘trend’ negara lain yang sememangnya lari dari konsep yang diamalkan di negara kita sebelum ini.
Sebagai contoh, generasi muda sekarang ini, lebih cenderung ke arah keseronokan semata-mata serta tidak menampakkan semangat patriotik yang sepatutnya ada pada setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.
Mereka lebih berminat terhadap program hiburan semata-mata yang rata-rata menguntungkan sesetengah pihak sahaja dan terlalu mengasyikkan sehingga lupa bahawa ada sesetengah program itu melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya kita.
Di sini apa yang dapat dilihat, generasi muda kita leka disaluti dengan nikmat yang diperjuangkan oleh generasi yang terdahulu. Mereka ini juga lupa bagaimana negara kita dapat menikmati kemerdekaan pada hari ini.
Secara sedar atau tidak, kita dapat melihat dengan cara serta tahap pemikiran ada pada generasi sekarang ini. Memang tidak dapat dinafikan negara kita semakin maju dan kehadapan, syabas diucapkan, tetapi nilai murni serta keluhuran budi bahasa juga perlu selaras bersama kemajuan bagi menjana keutuhan moral kepada generasi muda sekarang yang perlu disemai kepada generasi sekarang.
Apa yang perlu ditekan serta diingati di sini adalah kita juga mempunyai sejarah yang perlu diingati dan dipelajari dari masa ke semasa supaya kita tidak dijajah semula.
Generasi sekarang perlu pandai menjana minda untuk menghadapi cabaran yang ada pada masa ini kerana pelbagai bentuk informasi dan cara sambutan kemerdekaan yang penulis rasa bertentangan dengan budaya kita sedang berlaku.
Apa yang lebih ditakuti adalah penjajahan minda yang kronik sedang menular di negara yang suatu masa dahulu juga adalah sebahagian daripada negara kita.
Jangan sampai kita terkena tempias negara jiran yang meraikan hari kemerdekaan dengan cara yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri kemerdekaan serta tidak bertamadun.
Di dalam bulan kemerdekaan ini marilah kita bersama-sama bersatu dalam pelbagai bentuk tidak kira dari segi mental dan fizikal.
Percayalah kemajuan datangnya dari rakyat yang bersatu dan perpecahan pendorong kemunduran dan kemerosotan sesuatu negara. Bak kata pepatah “Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh”.
Oleh itu, kita semua perlu memperkemaskan diri serta minda dalam menghadapi cabaran global yang tidak bersempadan serta memperkukuhkan tonggak jati diri supaya erti kemerdekaan sebenar dapat dihayati justeru maruah negara Malaysia dapat dipelihara.

Monday, July 6, 2009

Musim Buah Datang Lagi...

Alhamdulillah..kali ini nampaknya musim buah cukup meriah..mcm2 buah ada..durian kampung(bukan siam k), rambutan, langsat,dokong,manggis,petai dan mcm2 lagi la..walaupun keadaan kesihatan tak mengizinkan tapi aku bedal jer..belasah jer...bukan senang nak makan semua tu..maklumla sumanya free..hehehe..so time aku balik kg (kg mertua aku) hari tu aku berkesempatan la untuk makan buah.jenuh juga aku makan..memang banyak sangat..siap pi kat dusun lagi amik buah..kiranya aku balik kg aku di perlis boleh wat kenduri pulut durian jamu semua adik beradik aku..sepupu aku,pak dan mak menakan aku semua makan..penuh 'boot' kereta aku..habis bau durian dalam kereta aku.hahaha..sebelum ni aku mengelak kalau nak bawa durian dalam kereta aku..tapi kali ini aku terpaksa la bawa juga.pak mertua aku iya-iya nak bg kat mak ayah aku.so aku kena bawa gak la lebih kurang 1 guni rambutan, 3 kotak durian dan mcm2 lagi la..so tak payah beli buah dah.hehehe...

My Birthday...

Tanggal 29 Jun 2009 maka genapla usia aku yg ke 26 tahun..huhuhu...rasa mcm dah tua dah..jadi aku bukan budak2 dah skrang.hehehe..so celebrating kali ni lebih bermakna sebab aku celebrate with my wife..sebelum ni aku sambut dgn family jer..apa yg best gak kali ini geng opis aku ader gak wat sambutan birthday aku di opis.so best gak..rasa terharu lak sebab kawan2 suma ingat.klu sebut pasal birthday tak lengkap klu tak ada hadiah..tul tak?mestila adiah special aku dpt dari wife aku.geng2 opis pun bg gak kat aku..my parents pun bg gak.so byk gak la dpt adiah tahun ni..hehehe..so aku harap apa yg aku hajati akan tertunai..amin...

Wednesday, June 17, 2009

Cameron Highland...


Holiday @ cameron highland...kiranyer aku holiday with my wife merangkap honeymoon la gak..hehehe..so everything ok la..cuma balik dari cameron demam skit la..tapi aku n my wife puas sebab walaupun kejap sgt kami ke sana tapi kami enjoy.penat tu jgn cakap la..mmg penat..maklumler 'rushing' skit..harap cuti ari minggu jer..mmg perjalanan nak ke sana byk dugaan sgt.nasib baik la aku tak 'fed-up'.aku sampai di puncak cameron jam 2 pagi.semuanyer gara-gara bot yg aku naik dari langkawi rosak sampai 3 jam.huhuhu...tapi alhamdulillah sumanyer selamat sampai tanpa apa-apa masalah besar.tapi yg sedihnyer cameron yg aku pergi tak mcm cameron yg dlu.cameron dlu cantik dan sejuk sgt..tapi skrang panas dan tak sejuk.penuh dengan pencemaran dan pembangunan yg aku rasakan tidak teratur..aku harap pihak berkuasa di sana akan menjaga dan memelihara cameron supaya terus menjadi pusat pelancongan yg mesti dilawati di malaysia..so lepas ni aku plan nak melancong tempat lain lak.tapi dalam malaysia jer la..menyahut seruan kerajaan bercutilah di malaysia..segalanya ada di malaysia..MALAYSIA TRULY ASIA...cewahhh....











Hingga Akhirnya...

So now..my life dah berubah...aku skrang dah kahwin..alhamdulillah semuanyer berjalan lancar..nasib baik sekali lafaz jer..keadaan masa tu hanya tuhan saja yang tau...betapa takut,gemuruh semuanyer ader...tapi everything ok..minggu yang sangat memenatkan..tapi aku syukur semuanyer berjalan lancar..yang meriahnyer ramai adik bradik aku hadir dan meriahkan majlis aku..untuk u all semua aku ucapkan banyak-banyak terima kasih.hanya tuhan saja yang dapat balas budi kalian.walaupun ada saudara ku yang jauh tak dapat hadir semua tapi aku gembira.semoga perkahwinan ku ni akan kekal selamanya dan bahagia serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..aku ambil kesempatan ini nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh family aku terutamanya my dad n mum yang bertungkus lumus menjayakan majlis aku..kepada satu-satunya kakak aku, aku ucapkan ribuan terima kasih atas kerja keras termasuk juga yon dan aiman yang 'sibuk' bermain..maklumla 'kawan-kawan' sebaya dia ramai.hehehe..kepada abg nizam dan kak ani juga aku ucapkan banyak-banyak terima kasih..tak lupa juga kepada ariesya dan juga usop...